Tuesday, June 20, 2006

Kongsi Raya??

assalammualaikum/salam sejahtera
Aku bangkitkan hal ni kat blog ni sebenarnya disebabkan ade sorg kenalan aku yg tersebut pasal kongsi raya ni..n kebetuan aku terpandg or terlintas baca kat paper yg mengatakan sambutan kongsi raya adalah haram. sbnrnya aku dah penah terbaca pasal berkenaan hal ni lama dulu oleh slah sorg forumer kat dlm utusan. aku tak ingat detail nye bile..tapi adela aku terbaca..so die berpendapat yg kongsi raya ni haram n skali dgn basis of arguments die la..aku pon dah tak ingat..tup2, lately benda ni dibgkitkan balik though bukan main issue. tapi aku ala2 berminat gakla since aku penah terbaca kan..
Kalo org ingat lagi aku ade mention sorg ustaz yg datg umah aku..n die dtg lagi umah aku..aku tny die pasal hal ni gak..n bile die abes penergn..aku rasa pendapat aku lebih kurg die..bukanla aku kata aku layak jadi ustaz..cumanya pendapat aku, kongsi raya ni tak salah..kita berkongsi raya bukanla bermaksud kita turut serta dlm upacara smeyg agama2 lain ataupon yg melibatkan hal2 aqidah..kebiasaanyela..kita berkongsi raya cuma dalm erti kata menghadirkan diri utk acara mkn2 jek..itupon atas jemputan..
Oh sebelum tu..kongsi raya ni wujud disebabkan tarikh perayaan berlainan agama dekat2..kebiasaannye antara hari raya aidilfitri dan perayaan agama lain..sebabnye..kalo hari raya aidilfitri ni..sambutan diadakan mengikit kalendar Islam iaitu pada bulan syawal..kalendar Islam tak selaras dgn kalendar harian..sebab tu kdg2 bulan Syawal bole jatuh pada bulan Disember dan sebagainye..sebab itula wujudnya kongsi raya ni..
Ok kita balik kat isu yg btul tadi..so kongsi raya ni bertujuan mengeratkan tali persaudaraan antara penduduk2 kat Malaysia ni..sebabnye..bangsa Melayu berpelunag berkenalan dgn jiran2 yg berbangsa lain bile dijemput merayakan perayaan mereka (yg sebetulnye acara makan je) dan begitula jugak diorg bila berkesempatan datg ke rumah bangsa Melayu beragama Islam..dari situ kita nampak muhibbah dah terjalin..
Takde salahnya kita berkongsi raya sebab bangsa2 lain pon turut mendiami negara ini dan kita kenal menghormati mereka dan bersahabat mereka. mungkin dgn berkongsi raya ni adalah salah satu cara yg dianggap satu elemen dalm permuafakatan atau prsahabatan anatara berlainan agama..dan kita tak wajar menolak kalo tiada alasan yg kukuh sekiranya niat mereka mengundang adalh dasar yg dinyatakan sebelumnye.
Amalan seperti ini bukanla perkara baru..malahan dah lama sebelum perkataan 'kongsi raya' diperkenalkan lagi..berlainan agama saling menziarahi antara satu sama lain lagi bagi bertujuan merapatkan kemesraan..jadi tak salah kalo amalan ini diteruskan lagi sekarang..pada zaman Rasulullah dulu pon, agama lain tak pernah dilarangutk menjalankan aktiviti keagamaan kaum2 lain dan melarang utk sama merayakan perayaan kaum2 lain selagimana aqidah seseorg Muslim itu tidak terjejas dek perayaan sebegitu seperti yg dinyatakan dalam firman ALLAH yg bermaksud 'Mereka yang terpaksa melakukan sesuatu yg menyalahi aqidah, tetapi hatinya masih utuh dengan keyakinannye adalah akan dimaafkan.....' (an-Nahl-106).
Tapi jgn plak salah menginterpretasikan ayat ini sebaliknye dgn mengatakan amalam kongsi raya ni adalah satu amalan yg menyalahi aqidah..ia akan menyalahi aqidah bilamana amaln2 keagamaan kaum2 lain diikuti oleh sesorg Muslim. tapi dalm konteks kongsi raya ni..memg selalunya perayaan yg dijalankan hanyalah melibatkan acara memenuhi undangan utk makan bersama..jadi di sini tiada salahnya kan?? yg penting niat di hati masing2 seperti dalam hadis Nabi menyebut 'setiap perbuatan adalah dimulakan dengan niat'. makanya kalo hati kita berkata kongsi raya adalah sekdr menghormati kaum2 lain..maka jadila ia sebegitu ataupon sebaliknya..
Wallahualam...
Thanx
wassalam
Credit: sestgh isu diekstrak dari Utusan, Ahad, 18 Jun 2006 hasil dari En.Yussof Abas.

1 Comments:

Blogger TERATAK RAHMAT said...

Saya telah membaca semua penjelasan anda.
Komen saya setiap ayat Quran yang hendak dibuat bukti mesti dirujuk tafsir ayat tu dulu (kalau yang unversiti ajar) walau utk pandangan kita agar kita tidak salah guna.
Lalu bila saya tgk tafsirnya saya rasa anda tak faham dengan ayat 106 surah An Nahl itu.
Malah pandangan anda menyalahi cara-cara org yang mengikuti jalan yg lurus yg ditunjukkan dalam surah al Hujurat : 7
(saya telah rujuk tafsir ibn katsir)

Maksud di hujung ayat itu ialah Allah menjadikan kamu benci kepada kekafiran....Mereka itulah yang mengikuti jalan yang lurus.

Terpulanglah kepada kamu hendak mengikut jalan yg lurus atau tidak.

Kami bukan membenci orang kafir tetapi kami membenci dan tidak menyokong sedikitpun amalan, ibadat dan perayaan org kafir yg tidak mengharapkan hanya Pertolongan Allah sahaja.

January 31, 2009 11:23 AM  

Post a Comment

<< Home