Thursday, July 13, 2006

Peliknye?

assalammualaikum/salam sejahtera

--> sikit sebanyak bait-bait kata kat bawah kene batang hidung..lets share!

Peliknya umatku....

Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata. Bola punya hal,ringan saja tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi Tapi,pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat untuk bangun jika disuruh tahajjud 2 rakaat diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya.

Peliknya umatku....

menangis teresak-esak sebab penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis pujaan turutmenangis namun, berapa sangat umatku yang sudi melinangkan air matanya sebagai taubat kepada yang Esa?berapa sangat umatku yang menangisi kerana kematianseseorang ulama dan solehin?

Peliknya umatku....

sms berpuluh ringgit dengan senang hati dihantar,janji penyanyi pujaan terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan dannombor undian. tapi, jari jemari begitu berat untuk mengambil seringgit un! tuk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu kaku untuk menghulurkan seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umatku....

gembira dia sebab anak pandai menyanyi dan pandai main piano. sedih sekali dia pabila anaknya takdapat masuk Akademi Fantasia. MalaysianIdol, namun, tak ramai umatku yang sedih jika zuriatnya buta al-Quran tak ramai umatku yang resah jika anaknya tidak tahu sujud kepada yang Esa.

Peliknya umatku....

sanggup bersesak-sesak,berhimpit-himpit di padang konsert hiburan.. sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan..sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak dapat sambutan meriah dari umatku mereka tidak sanggup untuk berdiri dalam saf walaupun 5 minit cuma.

Peliknya umatku....

setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup peringkat kebangsaan..dibuat peringkat antarabangsa tapi,dengan al-Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok, diamalkan..mana rasa tak elok untuk nafsu, baca saja dah lah.itupun kalau baca!

Peliknya umatku....

setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12 malam pada hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorakramai-ramai..tak kira jantan betina detik saat jam 12 ,saat yang ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar. sedihnya..tak ramai yang mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid

Peliknya umatku....

setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang bangsaku, kaumku dan umatku, pasti ada suara2 sumbang dan lantang yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.Tak salah rasanya kalau kita sedar dan menyedarkan.....

bagi aku..kita utamakanlah yg patut dulu..tak salah nak buat ape2..tapi biar berpada2...

thanx!
wassalam!

credit:http://budiey.blogdrive.com/

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

hi bikwan

salam perkenalan... dari budiey... http://budiey.blogdrive.com

hehehe u minat kat zila eh?

July 18, 2006 3:37 PM  
Anonymous Anonymous said...

yup..thanx budiey..minat sgt kat die..

July 25, 2006 11:02 PM  

Post a Comment

<< Home